0

Tip untuk tidak melengahkan masa/kerja

Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin, ketua atau leader!

Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.


notime.jpgPemimpin, ketua atau leader melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi.
Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi.

Satu tip untuk melakukan kerja dan tidak melengah-lengahkan masa adalah, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.

Tip dari Irfan Khairi


7 Prinsip Pelajar Cemerlang Skor A

Untuk cemerlang dan berjaya bukanlah terlalu sukar. Kita hanya perlukan ilmu dan ketekunan dan ikuti petua 7 Prinsip Pelajar Cemerlang Skor A dengan formula MKLUBDP berikut:
Prinsip 1: M bermaksud MINDA - Minda Positif
Prinsip 2: B bermaksud BACA - Baca buku & tajuk sebelum kelas bermula
Prinsip 3: K bemaksud KELAS - Hadir Kelas & tumpuan semasa belajar
Prinsip 4: L bermaksud LATIHAN- siapkan semua Latihan dan tugasan
Prinsip 5; U bermaksud ULANGKAJI - Buat Ulangkaji dan perbincangan lanjutan
Prinsip 6: D bermaksud DOA - Doa dan Tawakkal
Prinsip 7: P bermaksud PEPERIKSAAN - Melangkah ke bilik peperiksaan dengan gembira & menunggu kejayaan.
Ringkasan formula Skor A -- MBKLUDP. Untuk ingat -- Majlis Bandaraya Kuala Lumpur Ulas Dasar Perbandaran.
InsyaAllah saya akan perjelaskan satu demi satu prinsip di atas. Ikutilah dengan tekun dan sabar untuk mencipta kejayaan cemerlang!!

Bersama Anak Tamat Pengajian UIAM


Saya bersama anak yang tamat pengajian B.Sc Architecture dari UIAM. Alhamdulillah..
5

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat datang ke Motivasi Skor A (score A). Saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam dunia pendidikan serta motivasi pelajar dengan anda semua. Di samping menambah pengetahuan melalui saranan dan pendapat bernas anda semua.
Pada masa ini ada kira-kira 5 juta pelajar sekolah dan 1 juta pelajar IPT di Malaysia. Anda semua dialu-alukan untuk menjadi pembaca dan rakan Motivasi Skor A.