0

Prinsip 1: M - MINDA

1. Kejayaan atau kegagalan bermula dengan minda seseorang. Apa yang anda fikirkan akan diterjemah menjadi mesej kepada anggota badan anda untuk bertindak sesuai dengan apa yang anda fikirkan.
2. Tindakan yang anda ambil pula akan menentukan natijah atau hasilnya.
3. Sekiranya anda membina minda dan pemikiran positif - positif bahawa anda mampu mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan positif anda akan lulus dengan skor A, maka mesej positif tersebut berpindah menjadi tindakan-tindakan oleh anggota badan. Contohnya mata anda akan memberi tumpuan kepada apa yang diajar guru atau pensyarah anda, begitu juga telinga anda akan mendengar dengan teliti apa yang dibincangkan, ini seterusnya menggerakkan pemikiran yang lebih mendalam terhadap tajuk yg dibincangkan. Begitulah seterusnya..hingga tindakan yang anda buat tersebut mendorong kepada perkara positif dan berhubungkait dengan kejayaan dalam pelajaran anda.
4. Wujudkan minda positif bahawa suatu hari nanti anda lulus dengan cemerlang dengan skor A dalam semua matapelajaran yang anda ambil. Anda akan lihat perbezaannya dengan serta merta. Anda akan menjadi bertenaga, bermotivasi tinggi dalam melakukan perkara yang membantu anda menjadi pelajar cemrlang. InsyaAllah cubalah hari ini juga..
5. Kita akan bincangkan dari semasa ke semasa secara lebih mendalam tentang otak atau minda, otak kanan dan otak kiri, minda sedar dan minda bawah sedar, dan bagaimana otak atau minda kita bekerja insyaAllah.
0

Pengenalan 7 Prinsip Motivasi Skor A (Siri 1)

1.Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah swt yang menganugerahkan kita kehidupan dan kesejahteraan. Sesungguhnya terlalu banyak kurniaan dan rezeki yang Allah swt beri kepada kita semua.

2. Skor A adalah berkaitan dengan mengejar dan mencipta kecemerlangan dan kejayaan. Kita semua inginkan kejayaan dalam kehidupan kita. Sebagai pelajar kita tentunya inginkan kejayaan dalam pel;ajaran dan peperiksaan. Kita semua ingin SKOR A dalam peperiksaan yang kita ambil. Ini perkara paling penting iaitu menetapkan matlamat dan impian yang hendak kita capai. Tanpa matlamat kita adalah umpama kapal yang belayar dilautan luas tanpa pedoman - yang pasti kapal kita akan tersesat entah kemana..

3. Saya akan cuba mengupas 7 prinsip yang akan membantu para pelajar mencapai kecemerlangan dan seterusnya SKOR A dalam peperiksaan anda. 7 Prinsip itu ialah:

Prinsip 1: M bermaksud MINDA - Minda Positif
Prinsip 2: B bermaksud BACA - Baca buku & tajuk sebelum kelas bermula
Prinsip 3: K bemaksud KELAS - Hadir Kelas & tumpuan semasa belajar
Prinsip 4: L bermaksud LATIHAN- siapkan semua Latihan dan tugasan
Prinsip 5: U bermaksud ULANGKAJI - Buat Ulangkaji dan perbincangan lanjutan
Prinsip 6: D bermaksud DOA - Doa dan Tawakkal
Prinsip 7: P bermaksud PEPERIKSAAN - Melangkah ke bilik peperiksaan dengan gembira & menunggu kejayaan.
Ringkasan formula Skor A -- MBKLUDP. Untuk ingat -- Majlis Bandaraya Kuala Lumpur Ulas Dasar Perbandaran.

4. Saya akn jelaskan satu persatu prinsip-prinsip ini, InsyaAllah.. sila ikuti post seterusnya.
0

7 Prinsip Motivasi Skor A